Apa Itu MyBC

Pengenalan


MyBC adalah sebuah entiti yang didaftarkan dibawah JPPM (R.O.S) Akta Pertubuhan 1966. Ia disahkan oleh pihak JPPM/ROS pada 05hb Januari 2016.

Ia bermula secara tidak rasmi pada 20hb Jun 2015 sebagai rangka persediaan mencari ahli-ahli bersekutu sebelum didaftarkan secara sah. Diasaskan oleh Ron Brezzo ( Rospi Abd Karim ) yang sekarang bertindak sebagai President dan dibantu oleh King Aliff ( Aliff Ahmad ) yang merupakan Vice President MyBC. MyBC merupakan sebuah pertubuhan atau Komuniti Persaudaraan Malaysia yg menggunakan sistem networking dalam usaha meramaikan ahlinya. MyBC bergerak sebagai sebuah kelab yang bukan berasaskan perniagaan atau 'non-profit organisation'. Ia berasaskan konsep bantu membantu sesama ahli dengan siri-siri seminar, latihan dan kursus selain siri jelajah motivasi utk memberi kesedaran dan pemahaman utk membangun diri dan ekonomi.

Dengan kepakaran yang kami ada, anda pasti kami bantu! Adakah anda telah bersedia untuk kita harungi tahun 2017 yang dijangkakan mencabar dari segala aspek kehidupan? Buka hati buka minda terus ke hadapan lakukan perubahan.

MyBC membudayakan konsep berkeluarga tanpa batas bangsa,etnik, kaum dan agama. Ini sesuai dengan Falsafah MyBC dalam Misi dan Visinya. Mengharmoni dan membentuk hubungan damai sesama ahli merupakan asas penubuhan MyBC. Setiap ahli yang menyertai MyBC hanya membayar RM50 kepada pengenalnya dan ia adalah milik 100% kepada pengenal tanpa perlu membayar apa-apa bayaran kepada pihak MyBC dan pembayaran dibuat secara langsung kepada pengenal tanpa melalui pihak MyBC. Ini adalah sumbangan ahli kepada keluarga MyBC yang membawanya masuk ke dalam keluarga MyBC. MyBC bukanlah sebuah perniagaan atau apa jua program kewangan secara prinsipnya.

Ia adalah proses membangun ahli dari modal sumbangan senilai RM50 sebagai permulaan untuk mendapatkan ilmu dalam seminar-seminar dan latihan percuma sehinggalah ahli layak ke peringkat membangun perniagaan sendiri pada fasa-fasa yang telah diatur secara amat sistematik dan rasional.

Misi

  • Mewujudkan sebuah tapak yang selesa bagi setiap lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan membangun kecekapan diri dalam membentuk kehidupan yang lebih baik.
  • Melahirkan insan yang merdeka pemikiran dan ekonomi dalam melalui kehidupan yang semakin mencabar kearah kesejahteraan.
  • Memupuk semangat bersatu dan berkeluarga sesama ahli tanpa batas bangsa, etnik, kaum dan agama.
  • Memperkukuh toleransi bermasyarakat, saling menghargai dan menghormati perbezaan serta bersama-sama membangun taraf hidup.

Visi

  • Melahirkan insan yang matang dan berilmu agar kejayaan yang dicapai dihormati masyarakat.
  • Mewujudkan insan yang menghargai kejayaan orang lain walaupun sebuah kejayaan yang kecil.
  • Membentuk persepsi masyarakat agar melihat kejayaan itu bukanlah berdasarkan faktor kekayaan semata-mata.
  • Menanam sikap saling membantu sesama insan dalam mencari kebahagiaan yang merupakan kemuncak kejayaan yang sebenar.
  • Untuk melihat sebuah komuniti yang harmoni dan damai kerana benar-benar memahami bahawa hidup ini adalah kebersamaan yang perlu dinikmati bersama biar pun berbeza pencapaian.